Sejarah Oracle Solaris

Tahun 1987, AT & T dan Sun mengumumkan bahawa mereka bekerjasama dalam sebuah projek untuk menggabungkan varian Unix yang paling popular di pasaran saat itu: BSD, System V, dan Xenix. Sehingga terbentuklah Unix System V Release 4 (SVR4).

Pada tarikh 4 September 1991, Sun mengumumkan bahawa mereka akan menggantikan Unix yang dibangunkan dari BSD, SunOS4, dengan sebuah produk berasaskan SVR4 yang secara dalaman dinamakan sebagi 'SunOS 5' , Namun nama baru yang dikenalkan saat produk tersebut mula dipasarkan adalah 'Solaris 2' . Sementara itu SunOS 4.1.x keluaran mikro dinamakan sebagai Solaris 1, nama Solaris digunakan oleh Sun secara khusus merujuk pada produk yang berasaskan SRV4, SunOS 5.0, dan keluaran-keluaran berikutnya.

Versi minor SunOS yang dikeluarkan oleh Sun disertakan dalam penamaan Solaris; misalnya Solaris 2.4 yang merupakan Sun OS 5.4. Namun setelah versi Solaris 2.6, Sun menghilangkan angka "2" di depan kodifikasi versinya, sehingga keluaran SunOS 5.7 dinamakan sebagai Solaris 7 dan keluaran SunOS 5.10 sebagai Solaris 10.